Health knowledge made personal
Join this community!
› Share page:
Go
Search posts:

Radio Interview by Tan Su Lin (in Bahasa Malaysia)

Posted Aug 25 2008 3:25pm


On the evening of 10 December 2007 I received a telephone call from a lady by the name of Su Lin. She introduced herself as a radio journalist from Bernama News 93.9Fm station. She read an interesting epilepsy article that was published in The Star paper on 22 November 2007. The article was written by my friend (Anthony Thanasayan of Wheel Power Column, The Star Paper) and me.









Su Lin was very keen to find out more about epilepsy and thought it would be educational to broadcast information concerning epilepsy in the air. We arranged to meet on the following day to talk more about epilepsy. I was very pleased to be able to share with Su Lin a broader spectrum of epilepsy covering Epilepsy and Employment, Epilepsy and Driving, Epilepsy and Pregnancy, Myths and Misconceptions of Epilepsy and (AED) Anti Epileptic Drugs And Side Effects. " I know so little about epilepsy. The term itself is so new to me. I am sure a lot of people are unaware or know very little about what epilepsy is and issues relating to social stigma, myths and misconceptions that can complicate, impair and cripple lives of PWE (People With Epilepsy) and Caregivers" commented Su Lin.





Su Lin recorded my interview on 11 December. On 14 December morning news about "What Is Epilepsy And How It Affects People With Epilepsy" were aired repeatedly and intervally over Bernama News Radio 93.9Fm station for the whole day.





14 December 2007's radio broadcast had added a milestone to my epilepsy awareness work. God is at the helm of my life and work. I pray for more radio interview opportunities to come in the near future.



AWARENESS, ADVOCACY AND EMPOWERMENT WILL BRING ABOUT POSITIVE CHANGES AND IMPROVEMENTS IN THE LIVES OF PEOPLE WITH EPILEPSY (PWE) AND CARERS



 (this is the text of my radio interview in Bahasa Malaysia [Malaysia's national language])



Orang ramai yang biasa mengunjungi Wisma Atria di Damansara Jaya, Selangor pastinya tidak akan terlepas pandang kehadiran sebuah gerai istimewa yang bukan menjual makanan ataupun barangan tetapi memberi nasihat secara percuma mengenai epilepsy.



Wartawan Radio24, Tan Su Lin melaporkan bahawa Serene Low, seorang individu yang membuka gerai itu setiap hari Ahad dari pukul 11 pagi hingga 6 petang memberi informasi dan nasihat secara percuma kepada sesiapa yang berminat mengetahui dengan lanjut tentang epilepsy.



STORY BJ:



Epilepsy ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan, melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.



Bagi kebanyakan kes, tiada punca sebenar bagi epilepsy yang diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkan epilepsy ialah penyakit keturunan, kecederaan otak sewaktu kelahiran, kecederaan parah di kepala dan ketumbuhan di otak.



Serene Low, 47 tahun yang menghidap penyakit epilepsy sejak berumur 3 tahun, kini menjalani hidup yang stabil atas bantuan ubat-ubat yang diambilnya setiap hari. Beliau berkongsi anggapan palsu mengenai cara mengendali serangan sawan epilepsy. Antaranya adalah tindakan cuba menahan pesakit daripada bergerak dan membuka mulut atau meletakkan sebarang objek dalam mulut pesakit.



SB_MISCONCEPTION



Disebabkan keadaan penghidap epilepsy atau people with epilepsy, PWE boleh diserang sawan bila-bila masa, ramai di antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Menurut Serene Low, PWE perlu diberikan hak seperti orang biasa untuk bekerja dan berharap orang ramai berfikiran terbuka tentang epilepsy bagi mengurangkan stigma sosial penghidap epilepsy.



SB_NEEDS



Menurutnya lagi PWE adalah seperti orang normal dan harus diberikan peluang untuk bekerja malah mereka boleh menjadi produktif dan memberikan hasil kerja yang berkualiti.



SB_JOB



Serene Low berkata satu persefahaman dan persetujuan perlu dicapai antara penghidap epilepsy dan majikan di tempat kerja, agar majikan memahami keadaan penghidap epilepsy dan mereka dapat bekerja dengan baik.



SB_HOWJOB



Antara tips bagaimana hendak menangani serangan sawan adalah jangan panik, baringkan pesakit tersebut di tempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya, jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen, jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran, jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda) kerana ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Dan adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya kerana lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh. Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari bergerak dan hubungi pihak ambulans jika serangan sawan melebihi 5 minit.



Radio24 akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai epilepsy daripada pakar neorologi.



Tan Su Lin melaporkan untuk Radio24 (Tan Su Lin reports for Radio24).
Post a comment
Write a comment:

Related Searches