Health knowledge made personal
Join this community!
› Share page:
Go
Search posts:

Kenangan anak-anak semasa kecil...

Posted Oct 29 2010 12:00am
Bila baca satu topik dalam satu forum yang saya sertai, saya tersenyum sendirian mengenangkan ragam anak² saya semasa mereka masih kecil.


Mastura adalah anak ayah masa usia dia baya-baya ni (ke bawah). Setiap malam dia akan mencari ayahnya untuk tidur. Dia akan merangkak mencari si ayah, naik ke atas riba & akan dipangku sehingga terlena. Kadangkala ayah akan balik lambat dari pejabat. Dia mengantuk tapi tiada tempat untuk 'lena'. Tidak pernah mengamuk, tapi mata buntang saja menonton tv atau pun bermain sendirian. Sehinggalah ayahnya pulang.

Teringat masa ni, badan dia sangat mantap. Mencecah setahun berat badan dia 12 kg. Bam-bam... pipi pun labuh.


Adam pula anak ibu, malah rapat pula dengan maktok (ibu saya). Sekitar 9 malam dah ajak masuk bilik. Dia suka memerap & sambil mengempeng dalam gelap sehinggalah tertidur. Berbeza dengan Mastura, walau pun selepas Adam bercerai susu, dia masih lagi mencari ibu untuk tidur. Saya perlu mengusap belakangnya atau bermain dengan tangannya hingga terlena.

Adam lahir comel-comel saja. Di bawah 3 kg, tidak seperti Mastura ~ 3.4 kg. Tapi bila mencecah setahun beratnya 12 kg juga. Sama seperti kakaknya. Dan sama seperti Mastura, dia juga tidak pandai mengamuk.


Inilah anak yang paling cekal sekali. 77 hari di hospital. Sebulan bersama rakan-rakan, selebihnya sendirian di dalam isolation room & seminggu terakhir dia bersama saya di bilik anak-ibu. Kadang mengenangkan kenangan ini hati saya jadi sayu. Betapa teguhnya dia walau tanpa kami di sisi. Mengenangkan malam-malam yang dilaluinya di isolation room. Sunyikah dia bila malam menjelma? Mungkinkah rindu untuk menyusu ibu secara terus, yang sebelumnya diberi secara tiub saja.

Namun kini, setelah usianya mencecah hampir 3 tahun, dia tidur sebilik dengan kami (Mastura & Adam tidur di bilik sendiri). Malah adakalanya tidur di atas katil kami. Namun yang menyeronokkan saya ialah dia sering memilih untuk menghimpit saya ketika kami sedang tidur berbanding ayahnya. Dia akan tidur mengiring dengan mukanya menghadap saya. Saya juga terpaksa mengiring untuk memberikan laluan kepadanya dan tak boleh bergerak sampai kebas tangan-tangan. Bila diubah jadi lagi. Beberapa malam yang lepas, sedar-sedar kaki dia sedap je landing dekat kepala saya. Punyalah lasak dia tidur. Kata si ayah, nak charge jugak tu...

Syafiah juga amat memilih kasih antara seorang kakak dan abang. Dia lebih tenang bila abangnya memegang & menciumnya, berbanding dengan si kakak. Belum lagi si kakak sentuh, dia sudah berbunyi tanda tidak selesa. Pun begitu, dia juga tidak pandai mengamuk seperti kakak-abang. Cuma sesekali dia akan menangis sebagai tanda protes.

Kenangan-kenangan beginilah yang membuatkan hati seorang ibu seperti saya seolah mahu memutar masa ke belakang dan menghentikan masa agar anak-anak tidak terlalu membesar terlalu cepat. Saya tidak puas melihat Mastura & Adam semasa mereka kecil, namun puas sungguh rasanya melihat Syafiah. Dalam keadaan begitulah, dia masih boleh dibuli dan diuli-uli sepuasnya. Dan saya bersyukur...






Post a comment
Write a comment:

Related Searches