Health knowledge made personal
Join this community!
› Share page: Email Digg del.icio.us Reddit icon StumbleUpon Technorati
Go
Search posts:

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Posted Oct 04 2009 11:14pm

Dua tiga hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh dengan pahala dan ganjaran. Maria nak ucapkan kepada bloggers semua selamat menyambut ketibaan bulan puasa dan semoga dah bersedia dari segi rohani dan jasmani untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat di bulan mulia ni.

Ahad lepas, kami berempat sempat menghabiskan masa untuk membeli sedikit sebanyak persediaan untuk Hari Raya nanti. Dah terlambat ke, atau masih awal ?? Tapi memang kebiasaan kami untuk shopping raya seminggu sebelum puasa, bukannya seminggu sebelum raya. … sebabnyaaa…….

Kalau shopping sekarang, kalau dahaga/lapar, boleh terus minum/makan

Bertenaga dan tak letih, especially the girls

Orang tak berapa ramai shopping, usually many of us do last minute shopping,kat nak raya kan.

To avoid crowds, hence reducing chances of getting H1N1

Masa Ramadhan boleh concentrate pada ibadat, tak payah nak pikir bila nak gi beli baju raya.., nak gi siang hari letih, kalau pergi belah malam, sure miss solat terawih kan

So, walaupun kes H1N1 makin meningkat, kami gagahi juga kaki ke shopping mall terdekat, East Coast Mall dengan mask siap dipakai dr rumah. Tak sempat window shopping, heading straight to Parkson Grand….Fifi& Mimi ada lah beli dua tiga pasang baju raya, sandal high heels (kalah mami), kasut…pink kalerr…comelnyaaa, (apsal lah diorang buat kasut budak2 ni cute sangat…geram cam nak beli sume jer). Abahnya ade juga beli 2 3 lai … mami jerr yang tak beli apa-apa… sebabnya… Abah kata,” Mami kalau nak shopping baju dia, kena satu hari untuk dia sorang… so mami shopping sendirilah baju mami nanti yer” iskk…iskkk… takpe.. takpe… tapi.. memang betul pun… hehe..

Pastu lunch jap kat Rasamas… keluar dari mall lebih kurang jam 3 lebih… singgah solat zuhur di surau berdekatan… sambung lagi shopping… hehe… kali ni kami ke butik favorite , Gene Martino kat Jalan Tun Ismail… kat sini banyak baju2 tradisional tapi kebanyakan stok raya dah habis terjual ;-( I just bought a pair of baju kurung thai silk sedondon dengan baju melayu Abah, kaler gold. The girls pulak baju kurung kaler hijau lembut. And I bought another pair of kurung moden, lengan siti, dah ade beads, kaler purple. I think 2 pairs more than enough, sebab baju gi wedding Angah hari tu masih baru, baru 1x pakai, ade dua pasang kurung moden kamelia+batik pareo kaler pink and purple…maniknya pulak ditempah khas di KB.. baju raya tahun lepas pun masih baru, pakai masa raya je.. pastu simpan dalam lemari… I seldom wear baju kurung… kalau ade kenduri / majlis ilmu saja baru pakai… so, jarang sgt lah pakai baju kurung gi keje ;p Kalau pakai baju kurung gi keje, Abah pulak pelik.. mesti dia tanya, “nak gi makan gulai ke ni?” Cuma setiap hari Jumaat I wear Abaya. Hari2 biasa, I just wear anything yang simple yet still presentable and sopan… lagipun I’m only in the office for just 3-4 hours je sehari (10am-12pm and 3.00pm-5pm)… the rest banyak dihabiskan untuk menghantar/mengambil anak2 dan memasak…

So, the girl’s are done with their stuff… I just need a new pair of good shoes (maybe scholl or hush puppies) and few pieces of Ariani tudung… maybe by Friday I’ll get those stuff… juga nak beli baju raya untuk Mak dan juga Mak mertua….Itu sajalah persedian Aidilfitri kami yang kami kira begitu sederhana.. tidak terlalu kurang dan tidak pula berlebih-lebihan… Persiapan untuk buat kuih raya tak perlu dirisaukan… banyak teman-teman yang menjual kuih raya… beli sajalah dengan diorang… tak perlu susah2 nak buat…. Langsir pun masih cantik dan ok… tak perlu diganti.. Cuma weekend ni plan nak bukak balik all the langsir siang/malam, basuh, dan pasang balik.. hmmm…

So dear friends, shop earlier to avoid big crowds and don’t forget to wear ur face mask! Selamat menjalani ibadat puasa dan solat terawih, perbanyakkan bersedekah, membaca Al-Quran, dan juga qiamullail… Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang Allah sentiasa memberi petunjuk ke jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Allah murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat… Aminnn…

Post a comment
Write a comment:

Related Searches