Health knowledge made personal
Join this community!
› Share page: Email Digg del.icio.us Reddit icon StumbleUpon Technorati
Go
Search posts:

Sabar Ketika Ditimpa Bala Mendapat Pahala Tanpa Dihisab - Tuan Guru Nik Aziz

Posted Nov 04 2009 10:07pm

I'm currently reading "Nota kepada Diri" by Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. One of the chapter reminds me of all cancer survivor friends. So, i'm posting here part of the chapter, as a dedication to all cancer survivors, especially Zira, Kak Dalilah, Prof Hasanah, Mamayati, Rahayu, and all cancer survivors wherever you are, also friends who lost their cancer-surviving loved ones, especially Ernie, whom husband left peacefully few mths ago of brain tumor...

Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah sabda baginda: "Akan ditegakkan penimbang di Akhirat kelak untukahli solat. Segala pahala sembahyang mereka itu ditentukan oleh Allah Taala melalui timbangan. Kemudian datang pulaahli siyam( orang yang ahli puasa), lalu disempurnakan segala pahalanya juga melalui timbangan. Diikuti pula denganahli sodaqah ( orang yg suka menderma ), disempurnakanpahala sedekah mereka itu melalui timbangan. Kemudian disusuli pula olehahli hajj(orang yang menunaikan haji), dan pahala hajinya juga ditentukan melalui timbangan. Seterusnya diikuti pula olehahlil bala(orang yang semasa hidup di dunia sentiasa diuji dengan pelbagai bala), Allah Taala mengurniakan pahala kesabaran kepada mereka tanpa kira bicara"

Hadis diatas menyebut amalan kebaikan seperti solat, puasa, sedekah, haji yang akan ditentukan pahalanya melaui timbangan. Tetapi, yang agak menarik ialah orang yg ditimpa bala/dugaan juga dianggap orang yang melakukan kebaikan sekiranya mereka sabar menerima bala/dugaan yang diturunkan oleh Allah Taala kepadanya.

Apabila orang yang sabar ketika ditimpa bala/dugaan mendapat habuan pahala melalui timbangan, maka ramailah orang yg berhajat untuk kembali ke dunia supaya mereka ditimpakan bala dan berhasrat untuk menanggungnya dengan sabar supaya apabila di Akhirat kelak mereka akan dianugerahkan pahala yang banyak..

Dipetik dari buku "Nota kepada Diri" oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat


Moga kita semua menerima dugaan dan cubaan daripada Allah Taala ini dengan penuh keikhlasan, keredhaan dan kesabaran. Insya Allah...

Post a comment
Write a comment: