Health knowledge made personal
Join this community!
› Share page: Email Digg del.icio.us Reddit icon StumbleUpon Technorati
Go
Search posts:

Ramadhan Berlalu, Syawal Menjelma

Posted Nov 04 2009 10:07pm

Salam Ramadhan,

Semalam lepas solat terawikh hati rasa sayu je... sedih pulak rasanya sebab Ramadhan dah makin berlalu... bulan seribu rahmat dah nak meninggalkan kita... tak tahulah sempat ke tak untuk menikmati Ramadhan pada tahun hadapan... Insya Allah, jika dipanjangkan umur oleh Allah Taala, kita pasti berjumpa lagi...

Suasana di masjid pun agak suram... pada awal Ramadhan dulu, saf wanita (di masjid besar Kuantan) ada lah dlm 5-6 saf... tapi semalam, tinggal 2 saf saja... lepas solat terawikh 8 rakaat, saf dah tinggal 1/2 saf aje... mungkin ramai daripada kita sedang sibuk buat biskut raya, kemas-kemas rumah, dan tak kurang juga masih lagi sakan bershopping... tapi Alhamdulillah, semalam kami amat bersemangat untuk qiam... mungkin sebab semalam adalah malam yg ke-27, malam di mana Malam Lailatul Qadr sering berlaku... wallahua'lam... Moga-moga segala amalan kita semua diterima oleh Allah Taala...

Syawal pun kian menjelma...tahun ni, kami bercadang untuk beraya di Kuantan, belah mertua... pada awalnya, kami berasa macam excited jugak nak beraya di rumah sendiri... tapi nampak gayanya, sama seperti di tahun2 yang lepas... kalau turn beraya di Kuantan, nama je beraya di Kuantan, tapi petang raya kami dah cabutttt... tak tahan lah beraya di negeri orang... nak balik jugak ke negeri sendiri... semalam masa bukak puasa, hubby cakap, "Mami tak payah masak lah raya ni... kita beraya rumah Mak Abang kejap, pastu petang kita balik KB terus"... oh yes yes!! hehehe... pucuk dicita ulam pun mendatang... Tapi, apa yang best masa beraya di Kuantan ialah, 1st raya dapat beraya dengan Bonda Nafisah serta ipai duai... dan Raya ke-2 dan seterusnya bolehlah lama2 sikit di negeri sendiri... ehhehehe

Tiba-tiba jugak semangat untuk masak menu pagi raya di rumah sendiri telah hilang ntah ke mana dah... padahal masa balik KB hari tu, dah siap beli beras nasi dagang, rempah kerutub, rempah kuzi, saffron... dll... dua tiga hari lepas dah pening kepala mikirkan menu apa nak masak... yang terbayang di fikiran ialah nasi dagang kelantan+gulai ikan aya, kuzi ayam+roti jala, mi kari, makaroni bakar... hmm..hmmm...nampaknya menu ni kena di brought forward ke jamuan open house bila2 nanti... itupun kalau tuan empunya badan ni sihat dan rajin serta ada semangat untuk masak... heheheh... yg penting semangat... kalau takde semangat memang tak sukaaaa sangat masak... rasa cam nak makan yang orang lain masak je.... Di Akhir Ramadhan ni pun memang takde semangat nak masak... dah tak tau nak masak apa dah...

Oklah... hingga berjumpa lagi selepas raya nanti... maaflah jika ada salah dan silap... maaf zahir dan batin... selamat bercuti... Memandulah dengan berhemah !

Post a comment
Write a comment:

Related Searches